Create Your Glitter Text






   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed
Wednesday, May 07, 2008
LAGU PALING POPULAR & LAGU PALING KONTROVERSI AIM (ANUGERAH INTERAKTIF MALAYSIA)

 LIRIK LAGU 'PERANGKAP CINTA' @ 'CINTA TIGA SEGI' @ 'CINTA SEORANG BANDUAN'

 

Bertahun sudah ku menunggu dirimu
Akhirnya kau menjadi milikku
Sukarnya untuk ku melupakanmu
Kerna kau ku cintai selalu

*
Tapi sayang kehadiran kekasih lamamu
Datang kembali mengenang cinta dahulu

Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diriku
Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu

Kau ibarat terperangkap di tengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju

(ulang dari *)

Di kau pinta untuk aku melepaskanmu
Terpaksa aku turutkan
Mungkinkah ini suatu pengajaran
Di dalam percintaan

 

 

Emmm....rasanya pasti dah ramai tau lagu ni kan. Ada yang kata lagu ni dah pernah heboh 2 3 tahun lepas. Tapi Citamok baru je tahu bulan lepas. Ketinggalan tul r. Hehehehe....Tu pun Jojo, member kat Ibu Zain sms sebahagian lirik lagu tu. Citamok ingan pe mimpi la minah tu. Buang tebiat hape. So Citamok tanya la dia. Katanya lagu tu dicipta seorang banduan sebelum dijatuhkan hukuman bunuh atas kesalahan membunuh. Dan cerita tu mengingatkan kami pada senior kitorang masa study kat U*M dulu yang pernah mengembarkan negara sebab membunuh awek dia. Emmm...ingat tak?

 

Balik lak kampung, anak angkat mama Citamok tunjuk lak satu video pembunuhan sorang awek yang berbackgroundkan lagu peringkap cinta tu. Oleh sebab story 'perangkap cinta' ni memang hangat, rasanya satu Malaya tahu  so Citamok pun terjah la mana yang patut bagi menyingkap misteri di sebalik lagu tu.

 

Berdasarkan research yang dibuat yang sumbernya tak de autority langsung (of course internet, blog dan cakap2 orang), ni resultnya. (Emmm....cam wat tesis lak).

 

Story 1.

 

Seoang mamat yang bernama Hazman telah membunuh awk dan x-bf awek tu sebab mereka kembali bersama. Sebabnya dia sayang sangat kat minah tu. Selepas membunuh kedua-duanya, Hazwan menyerah diri di balai polis. Atas kesalahannya itu dia dijatuhi hukuman gantung. Ada yang kata peristiwa ni berlaku di Penjara Taiping. Tak tau la. Sebelum digantung, permintaan terakhirnya arwah mintak gitar kapak dan diapun buat lagu tu. Prangkap Cinta.

 

Story 2:

 

Seorang mamat yang bernama Haazman ada awek. Namanya tak tau la. Dia sayang sangat awek dia tu. Tapi suatu ari x-bf awek dia kembali dan menagih kasih awek dia. Tak berapa jelas sama ada awek dia curang atau tak tapi apabila Hazwan tu hilang pertimbangan, dia sanggup membunuh x-bf awek dia tu. Pas bunuh mamat tu dia pun serah diri kat balai polis. Macam story 1, dia dijatuhi hukuman gantung dan sebelum mati dia wat lagu 'Perangkap Cinta' tu. Pastu, geng-geng x-bf awek tu tak puas ati ngan si Hazwan tu. Tapi nak balas dendam kat Hazwan tak boleh coz dia dalam jail (atau mungkin dah arwah masa tu), so diorang pi belasah awek tu. Tu la awek yang Citamok tengok dalam video tu. Dalam video tu awek tu dibelasah ramai lelaki. Mamat-mamat tu dengan kejamnye sepak, terajang, tumbuk dan yang paling kejam minah tu dihempuk batu besar sampai pecah pale. Ada yang kata selepas puas lanyak minah tu mayatnya dibakar. Wallahualam….

 

Story 3:

 

Awek yang dibelasah dalam video tu sebenarnya peragut. Dia ngan sorang mamat ragut sapa tah. Tapi orang ramai dapat cekup minah tu. Mamatnye plak sempat melarikan diri. Bila dapat tangkap teruk r orang ramai lanyak minah tu. Emmm….secara logiknya Citamok rasa takkan orang ramai sanggup belasah seorang peragut sampai membunuh. Perempuan lak tu. Lagi pun semuanya lelaki yang blasah. Tempat tu pun macam tertutup je. Ada yang kata kejadian tu berlaku di Terengganu dan ada gak yang kata sebenarnya bukan di Malaysia. Tah r. Tapi kok ye pun jangan r kejam sangat sampai bunuh minah tu. Bukan begitu caranya nak menghukum.

 

Story 4:

 

Lapu 'Perangkap Cinta' sebenarnya dicipta oleh sorang mamat dari Singapura. Masa dia cipta lagu tu umur dia 14 tahun. Ada yang kata dia dah meninggal dan kawan-kawan dia yang mainkan semula lagu tu. Ada gak yang cakap si penciptanya saja je mensensasikan Perangkap Cinta, Cinta Seorang Banduan o Cinta Tiga Segi tu supaya lagu dia glamour. Dan ada gak yang cakap lagu tu dirakam oleh sebuah band  yang menggelarkan diri mereka 'Strategy'. Khabarnya album mereka tu bakal dipasarkan Jun atau Julai ini juga bakal dimuatkan ngan killer song tu.

Emmmm….tu la beberapa cerita yang Citamok dapat kumpulkan. Tak tahu mana satu yang benar. Tapi apa yang Citamok tau, I like this song. Rasanya kalo dikomersialkan mesti lebih hangat daripada biasa. Coz belum pape lagi dah lebih meletop. Tapi Citamok masih berharap dapat singkap kebenaran misteri Perangkap Cinta ni. So kalo ada sesiapa yang tahu hope dipanjangkan di blog ni.

 

Posted at 06:14 am by Citamok
Comment (1)  

Thursday, May 01, 2008
SADIS....

Ya allah....

Seriously i don't know this still happen in this moden world. I feel very grateful for what I have today... We are so lucky! contemplate on this right? Especially at bumi bertuah bumi Malaysia. Hope we will be more sensitive towards the suffering in the world around us and not be blinded by our own selfish nature and interests.  I hope this picture will always serve as a reminder to us about how fortunate we are and that we must never ever take things for granted. Always syukur with what we have and never forget people like this. Moga situasi yang menyayat hati ni tak wujud lagi.....

      

               

               

               

  

Posted at 04:03 pm by Citamok
Comments (10)  

Wednesday, April 30, 2008
LAGI KES HILANG!

Hilang lagi! Email ni Citamok terima dari seorang teman. Ni petikan email tersebut. Kalau tak boleh membantupun sekurang-kurangnya kita doakan keselamatan gadis ni......

Malam tadi 22/4/08 pada jam 12.30 mlm saya telah didatangi oleh jiran saya En Bakri. Kami tinggal di Pangsapuri Casmaria Taman Samudera Bt Caves Selangor. En Bakri sedang menghadapi masaalah yang sering kita dengar & baca dalam media sejak akhir - akhir ini. Beliau sedang diuji  diatas kehilangan anaknya. Harapan kami penduduk Pangsapuri Casmaria  agar tuan & puan dapat menghulurkan bantuan doa & memberi maklumat sekiranya bertemu gadis yg mungkin menjadi mangsa penculikan ini.

Nama Penuh : Nurul Nor Bahirah

Panggilan      : Bahirah

Umur              : 18 th

Jantina           : Perempuan

Warna Kulit    : Hitam Manis

Ketinggian     : 5 kaki lebih

Kronologi Hilang : 21/4/08 (Isnin) Bahirah seorang diri menuju ke Sekolah Menengah Teknik Shah Alam.  Tujuan ke SM Teknik Shah Alam adalah untuk mendapatkan chop pengesahan sijil kerana Bahirah telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPT.  Jam 9.00  pagi 21/4/08 bapanya Mohd Bakri menghantar Bahirah ke stesen LRT Sentul.  Jam 11.00 pagi ibu Bahirah menaliponnya dan Bahirah menyatakan telah sampai di Stesen Komuter Batu 3 Shah Alam dan ketika itu Bahirah memaklumkan yg beliau sdg bersarapan seorang diri di stesen komuter tersebut. Jam 1.00 tghari ibu Bahirah menghubunginya sekali lagi tetapi panggilan tidak terjawab.               Sejak keluar dari rumahnya pada 21/4/2008 sehingga sekarang Bahirah telah tidak pulang kerumahnya dan no taliponnya 017 - 6256803 gagal dihubungi. Lapuran polis di IPD Selayang & Sentul telah dibuat pada 22/4/2008.  No talipon En Bakri 012 - 2813136. No talipon saya penulis & pengirim asal email ini Kamal Ariffin (AJK Persatuan Penduduk) 016 - 2799248 / 017 - 2468325. No talipon Mejar (B) Wan Chik ( Pengerusi Persatuan Penduduk)  013 - 2093749.

Mohon tuan & puan forwardkan email & makluman ini kepada seluruh penduduk Malaysia .

Sekian Terima Kasih.

Kamal Ariffin Kamaruzzaman

No KP : 661015086117

No Tel Pjbt : 03 - 61458607 / 610

Tarikh : 23/4/2008

                                             

Posted at 03:10 am by Citamok
Berani?komen tengok!  

Sunday, April 27, 2008
MAMPUKAH?

Dalam Islam ada menggariskan empat ciri dalam memilih pasangan. Dan dalam keempat-empat ciri itu, yang terakhir itulah yang diutamakan.

 

Madah pujangga pulak mengatakan cintailah orang yang menyayangi kita, bukannya menyintai orang yang kita sayang…….

 

Tapi…..

 

Mampukah sesebuah ikatan itu bertahan hanya semata-mata berlandaskan kasih sayang?

 

Atau….

 

Mampukah keempat-empat ciri itu mengukuhkan sesebuah ikatan tanpa hadirnya rasa sayang yang mendalam?

 

Jika terpaksa memilih? Yang mana satukah?

                                                                                                   

Posted at 07:31 am by Citamok
Comments (2)  

Monday, April 07, 2008
RAHSIA WAJAH ENCEM DAN CANTIK

Rahsia wajah cantik* Bangun awal pagi utk solat subuh. Air wudhuk yg mengenai muka boleh menegangkan kulit.

* Menunaikan solat zohor di tengah hari. Air wudhuk yg mengenai muka boleh mencerahkan mata.

* Tidak melalaikan solat Asar di waktu petang. Air wudhuk yg mengenai muka boleh membersihkan kekotoran asap & habuk siang.

* Tidak berlengah utk solat maghrib. Air wudhuk yg mengenai muka boleh menghilangkan bau di hidung & mulut.

* Sentiasa ingat solat Isya? di waktu malam. Air wudhuk yg mengenai muka boleh menceriakan wajah dr kemungkaran.

Disamping menjaga:-

1-Janji yang senantiasa Pasti

2-Berkata Sesuatu yang Benar

3-Bercakap Sesuatu yang Baik

4-Berbaik Sangka (berpikiran positif terhadap sesuatu)

5-Bangun tgh malam amik wuduk`

Posted at 06:10 am by Citamok
Berani?komen tengok!  

JADILAH SEPERTI.....

Jangan suka mendedah tubuh
Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu.


Setia terhadap pasangan
Jadilah seperti pohon pisang.
Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.


Kecantikan dalaman
Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong.
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya lembut dan manis.
Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi di dalamnya ada biji yang berduri.


Jaga kesucian dalam bergaul
Jadilah seperti sengkuang, walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi umbinya tetap putih bersih.

Selalu bertindak adil
Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan.
Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya, semua seimbang, tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar.


Semakin tua semakin bijaksana
Jadilah seperti cili. Semakin tua,semakin pedas.


Jangan bermuka-muka
Jadilah seperti buah manggis.
Buah manggis bis a diteka isinya dari bahagian bawah buahnya.

.

Posted at 05:48 am by Citamok
Berani?komen tengok!  

MEMANG ALLAH SENGAJA.....

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya
kita dapat menjadi penilai yg baik.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya
kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan
pertolongan ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya
kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya
kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan
kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan
kita pada masa depan…

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya
kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk
mengalaminya.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya
kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya
kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya
kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL. Wahai sahabat
yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa
kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esokpun kita
sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH
dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan laranganNYA. .
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA
yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA

Posted at 05:45 am by Citamok
Comment (1)  

Wednesday, March 26, 2008
GENG-X

GENG-X? apa tu? Hahahaha....ni antara sweet memory kitorng join 'JEJALAH MUZIKFM-KTMB MOH KE TAHAN'. Sepanjang perjalan pulang dari stesen kereta api Jerantut ke KL, macam-macam aktiviti r yang kitorang buat antara game yang best GAME X ni r. Meh kita tengok mangsa-mangsa lipstik si Min reporter The Star yang cute tu.

                        

                                    Mangsa pertama: Sham, audioman RTM.

 

                         

            "Relaku serahkan diriku kepada mu...."Anip cameraman. Muahahaha....

 

                           

                            Seronoknye Si Sheikh (Bernama) ni nak jadi mangsa.

 

                           

                        Huhuhuhu....tidak! tidak !!! Tak moooooo.......( Halim Utusan).

 

                            

                             Cantiknye si Bard (Sinar Harian) ni kena make up.

 

                            

        Mangsa lelaki terakhir (Zam producer SPM) masa ni girls suci lagi. Wakakaka!!!

 

                             

                                Tak suci dah. Lipstik makan tuan (Min The Star).

 

                             

                                    Tadi dah kena ni kena lagi? Redha je r.....

 

                              

"Tadi korang conteng muka akukan. Skang hambek ko!" Sungguh2 Anep makeup Zam.

 

                               

          Halamak! Salwa (Sinar Harian) lak yang kena. Tinggal Citamok sorang je nih.

 

                                               

    Akhirnya! Mangsa terakhir... game terakhir... Perempuan Melayu Terakhir????hehehe..

 

      

                                    Kami lah GENG-X!!! Yeahhhhhh!!!!!!

 

Really enjoy with u guys. Hope to see u all again! We are same because we bring the world to the world. Write for the ear, shoot for the eye and aim for the heart.......

Posted at 05:08 am by Citamok
Berani?komen tengok!  

Monday, March 24, 2008
COMING SOON....

Kepada wartawan serta peminat hiburan,  nantikan kemunculan personaliti, album seta filem baru yang bakal memeriahkan lagi industri hiburan tanah air. Cover album, poster n majalah telah siap. So tungguuuuuu!!!!!!

   

         

                                                 Di sebalik tabir.....

         

                             Teraju utama filem Pssst!!!! Jangan Pandang Atas

         

                                          Nantikan kemunculannya.........

         

                          Teraju utama filem Kau...Aku....dan Adek-adek.....

         

                                     Finalist Anugarah Bintang Popular

         

                             Calon kategori Pelakon Filem Wanita Harapan

Yang terhangat di pasaran!! Tungguuuuuuuu!!!!!!!!!!!!

Posted at 05:21 pm by Citamok
Berani?komen tengok!  

MY CANON A430

Walaupun kamera Citamok besa2 je. Tak r giga mega punye kamera, tapi imej yang dirakam boleh la dibanggakan. Ala2 SLR nye hasil r gak. Ni lah dia CANON A430 yang Citamok beli masa second year dulu, hasil titik peluh ke hulu ke hilir wat research pasal 'KAJIAN PERSEPSI AWAM TERHADAP RASUAH DI MALAYSIA'.

                  

                                             Hini lah di kamera haku....

 

      

      

      

      

      

      

      

      

      

      

      

Posted at 04:12 pm by Citamok
Comments (2)  

Previous Page Next Page